Metro Wifi Sedia Wifi Percuma Kepada Warga Kota - pakdin.my

Mengapa brurusan hanya dengan TM tidak melibatkan semua Telco dan Internet Provider. Biar mereka bersaing menyediakan perkhidmaan wifi percuma atas dasar khidmat kemasyarakatan.

wifi-percuma

Warga kota bakal menikmati kemudahan jalur lebar tanpa wayar (Wifi) secara percuma menerusi pelaksanaan projek Metro Wifi tidak lama lagi.

Naib Presiden Eksekutif Global & Wholesale TM Mohamad Rozaimy Abd Rahman berkata buat permulaan, projek itu menyediakan infrastruktur akses Wifi percuma kepada 44 kompleks Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) di sekitar ibu negara secara berperingkat.

“Pemasangan infrastruktur Wifi di kesemua 44 PPR dan PPA ini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama (MOC) dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Wilayah Persekutuan Infrastruktur Sdn Bhd (WPI), di sini Isnin.

Perjanjian itu ditandatangani antara Mohamad Rozaimy yang mewakili TM dan Pengarah Urusan WPI Datuk Emil Rinaldi Syaiful serta disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Pengerusi YWP.

Sementara itu, Emil Rinaldi berkata setakat ini kemudahan Wifi percuma itu sudah boleh digunakan sepenuhnya oleh penduduk PPR Bandar Tun Razak.

“Diharapkan inisiatif ini akan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat dan merapatkan jurang digital antara penduduk Kuala Lumpur sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata MOC yang ditandatangani itu bakal merintis kerjasama untuk memperluaskan projek Metro Wifi ke Putrajaya dan Labuan.

UTAMAMetro Wifi Sedia Wifi Percuma Kepada Warga Kota

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium