Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
25,695
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Malaysia

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Malaysia
25,695
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Indonesia

Indonesia
4,211,460
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Indonesia
4,031,099
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Indonesia
141,709
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

Global

All countries
233,205,019
Confirmed
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
All countries
208,239,586
Recovered
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm
All countries
4,772,049
Deaths
Updated on September 28, 2021 13:10 1:10 pm

#MH17: Janji PM Bawa Pulang Mangsa Nahas Hampir Jadi Kenyataan @NajibRazak

mh17-lokasi-12

Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 untuk membawa pulang kesemua mayat warga Malaysia untuk disemadikan di negara ini hampir menjadi kenyataan.

Ini susulan persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Alexander Borodai, individu yang berkuasa di wilayah pesawat itu terhempas Khamis lepas, berhubung pengendalian mayat mangsa dan kotak hitam pesawat serta jaminan akses yang selamat bagi pasukan penyiasat antarabangsa untuk memulakan siasatan.

Dalam sidang media di Seri Perdana, Putrajaya awal hari Selasa, Najib antara lain berkata 282 mayat mangsa nahas Boeing 777 itu akan diterbangkan ke Amsterdam, Belanda, diiringi pasukan Malaysia.

Anggota keluarga mangsa nahas pastinya menarik nafas lega dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa setelah melalui proses forensik, jika perlu, mayat warga Malaysia akan diterbangkan pulang ke tanah air.

Satu lagi perkembangan signifikan ialah persetujuan supaya kotak hitam pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal yang terhempas disyaki akibat tembakan peluru berpandu itu, diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk.

Kenyataan Najib itu memberi harapan kepada rakyat Malaysia khususnya anggota keluarga mangsa yang mahu punca tragedi itu disiasat secepat mungkin, sekali gus memberi keadilan kepada mangsa yang terkorban.

Pasukan siasatan khas Malaysia berhubung tragedi MH17 itu diketuai Khairil Hilmi Mokhtar bersama 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan berada di Kiev sejak Sabtu.

MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Di Kiev, Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk dalam sidang akhbar seperti dipetik di laman web Pusat Media ‘Ukraine Crisis’ pada Isnin, berkata keutamaan diberi kepada usaha mengumpul dan membawa keluar semua mayat serta mengutip bukti berkaitan nahas itu.

Yatsenyuk berkata Ukraine bersedia memberi peranan utama kepada Belanda dalam penyiasatan selain membenarkan penyiasat antarabangsa memeriksa peralatan persenjataannya untuk membuktikan ia tidak ada kena-mengena dengan tragedi MH17.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko pula dilapor telah mengarahkan tenteranya menghentikan sebarang aktiviti ketenteraan dalam lingkungan 40 km dari kawasan MH17 terhempas berkuat kuasa serta-merta.

Ia sebahagian daripada inisiatif kerajaan negara itu untuk mempercepatkan usaha pasukan penyiasatan bersama antarabangsa mendapat laluan yang selamat ke tempat kejadian.

Dalam perkembangan lain, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan nahas itu akan disiarkan secara langsung di TV1, Rabu ini.

Dalam catatan di laman Facebooknya, beliau berkata persidangan itu akan disiarkan bermula 10 pagi dan orang ramai boleh juga melayari http://m.rtm.gov.my/.

 

#MH17: Kakitangan Stesen Keretapi Di Torez Dakwa Lihat Mayat Dipindahkan

Torez, lokasi di mana gerabak kereta api bagi penempatan mayat mangsa tragedi MH17, terletak 15 kilometer dari kawasan terhempas.

Seorang kakitangan di stesen ini mendakwa melihat petugas kecemasan memindahkan beberapa mayat, semalam.

Semua mayat ditempatkan ke dalam lima gerabak kereta api yang kemudiannya dikunci.

Koordinator stesen ini pula berkata, pegawai dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, OSCE telah melawat stesen ini dan memeriksa gerabak kereta api berkenaan.

Berkaitan