Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Global

All countries
232,377,389
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
207,277,956
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
4,759,066
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

#MH17: Puak Pemisah Setuju Serah Kotak Hitam Selepas Bercakap Dengan @NajibRazak (video)

Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas.
Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas.

Malaysia telah berjaya mencapai persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine pro-Rusia untuk memperolehi semula kotak hitam yang dipercayai berada dalam tangan mereka buat masa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, persetujuan itu termasuklah akses untuk memasuki ke kawasan nahas pesawat MH17 itu.

“Pada lebih kurang jam 9 malam Isnin, waktu Ukraine (Selasa, 2 pagi waktu Malaysia), dua buah kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia yang kini telah berada di Donetsk,” kata perdana menteri dalam satu kenyataan di Seri Perdana.

Najib berkata, beliau sendiri telah bercakap dengan pemimpin pemberontak itu, Alexander Borodai pada awal petang Isnin berhubung persetujuan tersebut.

Borodai adalah pegawai pemberontak yang memimpin wilayah bergolak itu di mana nahas tersebut berlaku.

Perdana Menteri juga menambah yang badan penyiasat bebas antarabangsa telah diberi jaminan akses untuk ke kawasan nahas untuk membolehkan mereka memulakan siasatan.

Sementara itu kesemua 282 mayat yang telah ditemui dan ditempatkan di dalam gerabak-gerabak kereta api berhawa dingin dan kini sedang berada di pekan Torez berhampiran tempat kejadian akan bergerak ke Kharkiv, di mana kesemuanya akan diserahkan kepada wakil daripada negeri Belanda.

“Kereta api tersebut akan bertolak pada petang ini dan akan diiringi oleh enam wakil dari Malaysia. Kesemua mayat mangsa akan diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda bersama-sama pasukan kita,” jelas Najib lagi.

Selepas melalui proses forensik, mayat-mayat warganegara Malaysia akan terus dibawa pulang ke tanah air dengan segera.

Menurut Najib, Borodai dan para pengikutnya telah memberikan kerjasama mereka setakat ini.

Najib berkata, walaupun tiada apa yang dapat mengembalikan kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam nahas itu tetapi beliau berharap persetujuan yang telah dicapai dengan kumpulan pemisah itu akan membantu negara membawa pulang jenazah dan juga warganegara yang terkorban untuk disemadikan oleh keluarga masing-masing.

“Kadang-kala kita perlu bekerja secara senyap dan diam-diam dengan harapan ia akan membawa hasil yang lebih baik kepada kita. Hati dan jiwa tetap bersama-sama sanak keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini,” kata Najib.

Berkaitan