#MH17: Putin Gesa Semua Pihak Benarkan Siasatan Dijalankan (video) - pakdin.my

mh17-putin

Gesaan sama datang dari Kremlin.

Presiden Vladimir Putin mahu semua pihak di Ukraine, untuk membenarkan siasatan dijalankan berhubung pesawat MH17 ditembak jatuh di Hrabove.

Putin berkata pihaknya akan melakukan sebaik mungkin bagi menamatkan krisis di bahagian timur Ukraine, yang menjadi punca serangan sehingga meragut nyawa hampir 300 penumpang dan kru pesawat MAS itu.

Ucapan Putin disiarkan oleh Kremlin, awal pagi tadi waktu tempatan.

Beliau menegaskan bahawa suspek yang menyebabkan pesawat MH itu terhempas, seharusnya bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Jaminan keselamatan juga perlu diberikan ke atas petugas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO, yang menjalankan siasatan.

 

 

UTAMABERITA#MH17: Putin Gesa Semua Pihak Benarkan Siasatan Dijalankan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium