#MH17: Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Kabinet Dibatalkan - pakdin.my

rumah-terbuka-bm

Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri sempena Aidilfitri minggu depan dibatalkan bagi menghormati mangsa nahas pesawat MH17, termasuk 43 rakyat Malaysia, 17 Julai lalu.

Mengikut jadual, majlis pada 1 Syawal itu sepatutnya berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam mesyuarat yang diadakan Khamis.

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

“Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.

“Wajarlah rakyat berbilang kaum meneruskan tradisi ziarah-menziarahi demi mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama kita,” menurut kenyataan itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 298 penumpang terhempas dipercayai ditembak di Wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Khamis lepas.

Sehubungan itu, majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi dengan kesederhanaan dan penuh tertib, termasuk majlis sambutan oleh Jemaah Menteri, anggota Parlimen serta Dewan Undangan Negeri bersama rakyat di kawasan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Selain itu, sambutan di peringkat kementerian juga boleh diadakan untuk mengeratkan silaturahim warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar.

wpid-siaran-akhbar-tiada-jamuan-raya.jpg

UTAMABERITA#MH17: Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Kabinet Dibatalkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium