24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

MH192: Polis siasat unsur sabotaj

MH192-kapten-nor-adam-azmi-1

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan berhubung kemungkinan unsur sabotaj terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berpatah balik ke Kuala Lumpur awal pagi tadi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita akan ambil langkah sepatutnya bagi menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri International Association of Police Academies (INTERPA) di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pihak PDRM khususnya Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, untuk menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS berikutan beberapa insiden kebelakangan ini.

Semalam, pesawat MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata juruterbang telah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada pukul 10.25 malam.

“Oleh kerana keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines, pesawat itu telah diarahkan berpatah balik ke KLIA,”ujar beliau.

Pesawat itu selamat mendarat pukul 1.56 pagi Isnin.


Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin menyarungkan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan. Bagaimanapun beliau kemudian memegang topi itu menutupi matanya yang merah berair, sebelum beredar dari tempat itu, meninggalkan pihak media.
Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin menyarungkan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan.
Bagaimanapun beliau kemudian memegang topi itu menutupi matanya yang merah berair, sebelum beredar dari tempat itu, meninggalkan pihak media.

Kebanyakan penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.

Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata, walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.

Katanya, juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam.

“Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin,” katanya semasa ditemui pemberita.

Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.

Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemuramah pemberita.

Kapal terbang itu dikemudi Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar.

Pesawat MH192 itu dalam perjalanan ke Bangalore, India ketika berpatah balik selepas menghadapi masalah gear pendaratan dan selamat mendarat di KLIA kira-kira 1.56 pagi.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berbual dengan seorang penumpang MH192 selepas pesawat yang mengalami kerosakan itu berjaya melakukan pendaratan kecemasan di KLIA, awal pagi ini
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berbual dengan seorang penumpang MH192 selepas pesawat yang mengalami kerosakan itu berjaya melakukan pendaratan kecemasan di KLIA, awal pagi ini

Goorau Pouri, 31, berkata gegaran dapat dirasai di dalam pesawat ketika masih berada di kawasan landasan.

“Saya sedar ada sesuatu yang tidak kena kerana terdengar beberapa bunyi tetapi kapten menangani keadaan dengan baik sekali,” katanya.

Pouri, warga Sweden, berkata kapal terbang itu berlegar-legar selama empat jam di Selat Melaka sebelum mendarat lancar.

“Saya mahu memeluk juruterbang itu jika saya berpeluang berbuat demikian,” katanya.

Pengurus Penyelidikan, Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.

“Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.

“Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.

“Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik,” kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pulau Pinang yang enggan dinamakan berkata, pendaratan kecemasan itu dikendalikan dengan baik.

“Juruterbang dan anak kapal mengikut prosedur dengan betul. Ia dikendalikan dengan baik dan saya tidak panik,” katannya sambil menambah, beliau tidak memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.

Sementara itu, warga Australia Miranda Jason Juse, 30, berkata disebabkan jurutebang dan anak kapal bertindak secara profesional, semua penumpang berasa tenang semasa empat jam terbang, berlegar-legar di udara Selat Melaka.

“Juruterbang melakukan yang terbaik untuk mendarat dengan selamat dan pesawat itu mendarat lembut dan lancar. Keadaan di dalam pesawat pun tenang sebaik kami selamat mendarat,” katanya.

Semua penumpang agak keletihan selepas melalui pengalaman cemas itu tetapi mereka masih mampu memberikan senyuman kepada pemberita sebagai menyatakan terima kasih kepada dunia yang mereka mendarat dalam keadaan selamat.


Juruterbang MH192, Kapten Nor Adam Azmi Dedah Harungi 4 Jam Detik Cemas

MH192-kapten-nor-adam-azmi-1

Apalagi yang ingin diucapkan selain memanjatkan rasa syukur ke hidrat ilahi, mengharungi detik cemas selama 4 jam berlegar di udara kerana masalah tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas.

Namun masalah ini ditangani dengan tenang oleh Kapten kapal yang bertugas itu Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar.

MH192-kapten-nor-adam-azmi-3

DETIK CEMAS KAPTEN NOR ADAM AZMI

Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam.

MH192-kapten-nor-adam-azmi-2

Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin,” katanya salah seorang saksi Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia.

Penerbangan MH192 dengan 159 penumpang dan 7 kru akan berlepas semula dari KLIA jam 3.30 petang ini dan tiba di Bangalore 5 petang ini.

MH192-kapten-nor-adam-azmi-4


MH192 Ke Bangalore Berpatah Balik – MAS sahkan alami masalah peralatan mendarat sebelah kanan


Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA awal pagi ini kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata juruterbang telah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada pukul 10.25 malam.

“Oleh kerana keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines, pesawat itu telah diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) digerakkan sebaik sahaja juruterbang diarahkan berpatah balik ke KLIA oleh OCC,” katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Kesemua penumpang akan ditempatkan di hotel-hotel berhampiran dan penerbangan MH192 dijadualkan semula berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 5 petang hari yang sama, katanya.

Beliau berkata, kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal telah keluar dari pesawat itu.

Penerbangan MAS MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 Ahad malam ke Bangalore dan mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi bersama dengan pembantu juruterbang Prakash Kumar.

MEDIA STATEMENT
released at 1.35am/21 Apr 2014

MH192 Incident

Sepang, 21 April 2014: Malaysia Airlines confirms that flight MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound for Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur. The aircraft’s right-hand landing gear malfunctioned upon takeoff and is expected to make an emergency landing at KLIA at around 2.00am, today.

Flight MH192, operated on the B737-800 aircraft, was scheduled to arrive in Bangalore at 11.35pm the same day. The flight was carrying a total number of 166 people on board which include 159 passengers and 07 crew members.

Malaysia Airlines is currently working with the Airport Fire Rescue Services (AFRS) in anticipation of the landing.

The airline will provide regular updates on the situation.


MH192 KLIA Ke Bangalore Berpatah Balik – Selamat mendarat di KLIA

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menuju ke Bangalore, India tetapi berpatah balik kerana dikesan mengalami kerosakan pada roda pendaratan kanan ketika berlepas, selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA pukul 1.56 pagi Isnin.

Malaysia_Airlines_Boeing_737-800Perkara itu disahkan oleh MAS melalui laman twitternnya serta satu kenyataan rasmi.

Semua 159 penumpang dan 7 anak kapal juga selamat tanpa sebarang kecederaan dan sudah keluar dari pesawat berkenaan.

Turut memantau dan lega dengan perkembangan MH192 itu ialah pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau terus bergegas ke KLIA bagi menemui para penumpang serta juruterbang dan anak kapal.

Laman sosial Twitter juga pada awal pagi Isnin dipenuhi dengan ucapan syukur serta tahniah kepada juruterbang yang berjaya mengendalikan situasi dengan baik ketika kira-kira tiga jam berlegar di ruang udara Selat Melaka, serta berjaya mendaratkan MH192 dengan selamat.


MH192 KLIA Ke Bangalore Berpatah Balik – Menghadapi Masalah Pada Gear Mendarat

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA.

Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika berlepas.

Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan sedang berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

MH192 Fligt RadarMAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia dijangka membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 2.00 pagi, hari ini (Isnin).

Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).

Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

Malaysia Airlines dengan kerjasama Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) kini bersedia menunggu pendaratan cemas dilakukan.


Syarikat penerbangan itu akan menyediakan maklumat terkini berhubung situasi MH192.

 


Laporang secara langsung

Dengan kepayahan terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal – Pilot MH192 B737 berjaya mendaratkan pesawat.
Alhamdulillah.

Cleared direct to GOSMO (13 miles from the runway)…cleared for approach 32L
Ref: http://www.liveatc.net/search/?icao=kul
MH192-landed

Terkini:

Alhamdulillah – MH192 B737 Selamat mendarat

Ketika berita ini dituis pesawat masih berlegar2 sekitar Selat Melaka.

Semuga pesawat berjaya mendarat dengan selamat selepas menghabiskan bahan bakar.

Kedudukan pada 01:17 - Percubaan untuk mendarat
Kedudukan pada 01:17 – Percubaan untuk mendarat

Kedudukan pada 00:50 - Harap kepada kebijaksanaan pilot dan sama2 kita mendoakan keselamatan mereka.
Kedudukan pada 00:50 – Harap kepada kebijaksanaan pilot dan sama2 kita mendoakan keselamatan mereka.

MH192-fligh-radar

MH192-berlegar

Lihat disini http://www.flightradar24.com/MAS192/327a227

 

Koyakan tayar yang ditemui
Koyakan tayar yang ditemui

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...