#MH370: ‘All Right, Good Night’ Disahkan Suara Pembantu Juruterbang - pakdin.my

Fariq Ab Hamid
Fariq Ab Hamid

Kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipercayai suara pembantu juruterbang.

“Siasatan awal menunjukkan kata-kata terakhir itu merupakan suara pembantu juruterbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media, Isnin.

Kata-kata akhir dari kokpit – ‘All right, good night’ – didengari selepas salah satu sistem isyarat penting dalam pesawat tersebut dimatikan secara manual.

Beberapa pegawai sebelum ini memberitahu, kata-kata terakhir itu datang pada satu tempoh masa apabila salah satu data sistem komunikasi pesawat tersebut sudah dimatikan.

Masa kata-kata terakhir itu menguatkan lagi rasa sangsi terhadap salah seorang juruterbang yang mungkin terlibat dalam misteri kehilangan pesawat itu.

UTAMABERITA#MH370: 'All Right, Good Night' Disahkan Suara Pembantu Juruterbang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium