26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

#MH370: AMSA Kesan Isyarat Kecemasan Daripada Kapal Nelayan

MH370-RAAF-jumpa-pesawat

Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA)
berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.

“RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan,” kata kenyataan itu.

P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.

Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.

Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...