26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

#MH370: Beberapa Serpihan Kecil Ditemui Di Lautan Hindi – PM Australia

MH370-debris-pm-australiaMH370, MAS, Australia, Ab

Serpihan-serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Laporan itu memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengaitkan serpihan tersebut dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.

“Semalam, satu daripada pesawat awam kami yang terbabit dalam pencarian itu mengesan beberapa objek di satu kawasan kecil dalam zon pencarian Australia.

“Akan tetapi sebelum kita boleh berbicara secara khusus tentang objek itu, kita perlu mengambilnya dahulu. Masih terlalu awal untuk benar-benar pasti,” katanya kepada pemberita di Papua New Guinea pagi Ahad.

Laporan Xinhua menerusi laman sesawangnya http://news.xinhuanet.com/english itu turut memetik Abbot sebagai berkata empat lagi pesawat iaitu masing-masing dua dari China dan Jepun akan menyertai pencarian di kawasan berkenaan.

Mengenai imej yang dicerap oleh satelit China, beliau berkata cerapan itu membayangkan objek tersebut sangat besar.

Katanya harapan bahawa pihak berkuasa mungkin dapat menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut semakin meningkat.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...