29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

MH370: Dakwaan Pelaut British Saksi Pesawat Terbakar Disiasat

MH370-cellphone

SYDNEY: Australia memulakan siasatan berhubung dakwaan pelayar warga British yang dikatakan melihat pesawat terbakar pada hari pesawat MH370 hilang, 8 Mac lalu.

Berikutan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai misi mencari pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu sedang meneliti laporan yang dibuat isteri pelaut itu.

“ATSB menerima mesej dari orang awam melaporkan mereka melihat apa yang dipercayai sebuah pesawat yang sedang terbakar di ruang udara di Lautan Hindi pada malam kejadian kehilangan MH370.

“Maklumat itu sudah diserahkan kepada Kumpulan Kerja Misi Mencari MH370 untuk tindakan selanjutnnya,” kata jurucakap biro itu, Rabu.

Dakwaan pelayar British itu, Katherine Tee itu menambah spekulasi mengenai lokasi pesawat MH370 menamatkan penerbangannya yang dilaporkan di koridor selatan Lautan Hindi.

Pasangan yang berada di kapal layar mereka itu berkata, asap hitam keluar dari ekor pesawat ketika mereka sedang menghala dari Kochi di India ke Phuket, di Thailand.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...