32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

#MH370: Data Pertama Bluefin-21 Dianalisis

Bluefin digunakan untuk pencarian didasar.
Bluefin digunakan untuk pencarian didasar.

PERTH: Data yang dikumpulkan selama enam jam menerusi misi sulung kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 pada Isnin telah diekstrak dan dianalisis.

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston berkata AUV itu yang dilengkapi dengan ciri keselamatan, kembali ke permukaan, selepas mencecah had kedalaman 4,500 meter.

Houston, dalam kenyataan di sini pada Selasa berkata Bluefin-21 akan digerakkan semula, apabila cuaca mengizinkan.

Operasi mencari memasuki hari ke-39 pada Selasa.

Ketika mengumumkan penggunaan Bluefin-21 semalam, Houston menjelaskan setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.

Beliau juga berkata misi AUV berikutnya, antara lain, akan bergantung kepada analisis data yang dikumpul dalam misi pertama Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut dalam usaha mencari sebarang serpihan.


AUV diturunkan dari kapal Ocean Shield semalam, ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak Selasa lepas.

Houston juga mengumumkan semalam tompokan minyak dikesan di kawasan sama empat isyarat dikesan TPL sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal akan menyertai operasi hari ini bagi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Bagi kawasan pencarian visual, beliau berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang meliputi kawasan seluas 62,063 kilometer persegi, dengan pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,170 kilometer ke barat laut Perth.

“Ramalan cuaca hari ini angin timuran selatan dengan hujan dan ribut petir, keadaan laut berombak setinggi dua meter dan tahap penglihatan lima kilometer,” katanya.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...