Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
22,743
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Global

All countries
228,426,805
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
All countries
203,283,661
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
All countries
4,693,022
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

#MH370: Maldives salah satu lokasi dalam simulator Kapten Zaharie?

X-SIM Flight Simulator - Male Internatinal Airport
Flight Simulator – Male Internatinal Airport

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya tetapi sekurang-kurangnya dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives bahawa melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, mungkin petunjuk baru dalam misi pencarian MH370.

Lagipun lapangan terbang Male, Maldives dikatakan salah satu antara lima penemuan pasukan penyiasat dan Polis Melaysia dalam sistem simulator milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk setempat mendakwa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira jaml 6.15 pagi pada hari yang sama Boeing 777 200 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang.

Malah, mereka menggambarkan pesawat itu berwarna putih dengan jalur merah warna hampir sama digunakan pesawat Malaysia Airlines termasuk untuk penerbangan MH370.

Menurut laporan tersebut, saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives.

Ksemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi..

Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Dengan maklumat terbaru ini, usaha mencari tentu boleh ditumpukan di Maldives, kepulauan yang tidak jauh daripada Sri Lanka.

Kemungkinan dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll melihat pesawat ini boleh dikaitkan dengan siasatan polis terhadap simulator milik Zaharie yang diambil pihak berkuasa dari rumahnya di Shah Alam, tiga hari lalu.

Landasan lapangan terbang Diego Garcia milik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Sumber berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,000 meter.

Berkaitan