22.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

MH370: Dr Mahathir isytihar tak mau lagi naik pesawat Boeing

mahathir-tambak-johor

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak mahu terbang menggunakan pesawat buatan Boeing melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan.

Beliau merujuk kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) Mac lalu yang menjadi misteri sehingga kini.

Dalam tulisan terbaru di blog peribadinya, chedet.cc, kata Dr Mahathir, sebagai pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri tersebut dan mempertahankan MAS yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak, mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan di atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.

“Saya sangat kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” tulis Dr Mahathir dalam blognya Jumaat.

“Saya kecewa kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat tersebut berpunca daripada pengeluarnya, Boeing.”


MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing petang Khamis lalu.

Insiden tersebut tercetus ekoran ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.

MH370 hilang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas, dan tiada sebarang isyarat kecemasan atau amaran diterima Menara Kawalan Udara.

Teori alat pengesan dimatikan sendiri oleh individu dalam pesawat MH370 diperkatakan sejak awal kehilangan, bagaimanapun Dr Mahathir membidas Boeing kerana mengeluarkan sebuah pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya daripada dikesan.

“Bagaimana Boeing boleh mengeluarkan pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya?” katanya.

“Boeing mesti jelaskan mengapa semua alat pengesan pesawat boleh dilumpuhkan, boleh gagal.

“Sama ada teknologinya sangat lemah atau tidak selamat. Saya tidak akan terbang dengan menggunakan pesawat Boeing lagi melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan,” kata Dr Mahathir.


Dr Mahathir mengulangi kehairanannya dan berkata mustahil MH370 hilang secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan dengan teknologi dan satelit canggih yang dimiliki ketika ini.

“Saya percaya terdapat peralatan dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan, mungkin dengan GPS (Global Positioning System).

“Kamera rumit yang dikendalikan satelit pengintip oleh sesetengah negara boleh mengambil gambar orang di bumi dan mengenalpastinya. Sudah pasti kamera dapat melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter panjang tersebut,” kata beliau.

Menurut Dr Mahathir lagi, syarikat Boeing juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam misi mencari dan menyelamat tersebut, walhal sepatutnya mereka yang bertanggungjawab untuk menjejak semula MH370.

“Boeing dan pihak berkuasa negara pengeluar yang sepatutnya mencari pesawat tersebut. Mungkin jenis pesawat tersebut juga perlu dihentikan.

“Tetapi Boeing tidak menunjukkan sebarang minat dan mengeluarkan kenyataan yang secara praktikalnya salah,” kata beliau.

Dr Mahathir juga tidak mempercayai teori yang mengatakan juruterbang dan pembantunya melakukan tindakan membunuh diri dan sengaja membiarkan pesawat terhempas.


“Juruterbang MAS dilatih sebaik mungkin. Walaupun juruterbang mahu membunuh diri, pembantunya dan anak kapal tidak akan membenarkan ia berlaku tanpa menghalangnya.

“Namun, tiada seorang pun, tiada seorang penumpang yang melakukan sesuatu. Mungkin mereka pengsan kerana kekurangan oksigen,” kata Dr Mahathir.

Bagi Dr Mahathir, syarikat penerbangan negara tersebut tidak wajar dipersalahkan.

“MAS menerbangkan pesawat yang dijangka melengkapkan tugasannya. Tetapi pesawat tersebut tiba-tiba berkelakuan ganjil.

“Siapa yang bertanggungjawab? Bukan MAS, tetapi pastinya pengeluar pesawat – Boeing Aircraft Corporation,”

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

  1. Tragedi hilangnya pesawat MAS MH370 kiranya telah menjadi misteri kemanusiaan, sungguh memprihatinkan sepertinya masyarakat dunia mulai kurang perduli akan hal ini. Apakah ada masalah berkenaan dgn politik kah ? hanya Allah Maha Tahu.

  2. Tragedi hilangnya pesawat MAS MH370 kiranya telah menjadi misteri kemanusiaan, sungguh memprihatinkan sepertinya masyarakat dunia mulai kurang perduli akan hal ini. Apakah ada masalah berkenaan dgn politik kah ? hanya Allah Maha Tahu.

  3. Tragedi hilangnya pesawat MAS MH370 kiranya telah menjadi misteri kemanusiaan, sungguh memprihatinkan sepertinya masyarakat dunia mulai kurang perduli akan hal ini. Apakah ada masalah berkenaan dgn politik kah ? hanya Allah Maha Tahu.

  4. Tragedi hilangnya pesawat MAS MH370 kiranya telah menjadi misteri kemanusiaan, sungguh memprihatinkan sepertinya masyarakat dunia mulai kurang perduli akan hal ini. Apakah ada masalah berkenaan dgn politik kah ? hanya Allah Maha Tahu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...