#MH370: Kenyataan Interim Penuh Oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 - pakdin.my

mh370-alwaysinmyheart

Berikut ialah kenyataan penuh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370:

1. Kenyataan Interim Ini* telah disediakan di bawah Bab 6, perenggan 6 Lampiran 13 ICAO** untuk memberi maklumat mengenai perkembangan siasatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200ER, didaftarkan 9M-MRO. Penerbangan penumpang berjadual antarabangsa menuju ke Beijing, dengan membawa 239 orang (227 penumpang dan 12 anak kapal), berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7 Mac 2014 [0042 MYT (Waktu Malaysia) pada 8 Mac 2014]. Kurang 40 minit setelah berlepas, Menara Kawalan Trafik Udara terputus hubungan radar dengan pesawat ini selepas ia laluan IGARI.

2. Sebagai Negara yang Terikat dengan ICAO dan mengikut Bab 5, perenggan 5.3*** Lampiran 13 pada Konvensyen mengenai Siasatan Kemalangan dan Insiden Pesawat Penerbangan Awam Antarabangsa, sebagai Negara Berdaftar yang bertanggungjawab untuk menyiasat keadaan kemalangan dan insiden yang serius.

3. Menteri Pengangkutan Malaysia telah menubuhkan pasukan penyiasatan keselamatan bebas di bawah peraturan 126(1) *** Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR) 1996 dikenali sebagai “Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO bagi MH370” untuk menjalankan siasatan terhadap insiden kehilangan Penerbangan MH370.

Pasukan penyiasatan mengandungi 19 anggota yang diketuai oleh seorang Ketua Inspektor/Penyiasat Bertanggungjawab, terdiri daripada tiga Jawatankuasa iaitu Operasi, Kelayakan Terbang dan Faktor-faktor Perubatan/Manusia, masing-masing diketuai oleh seorang Pengerusi. Turut menyertai pasukan ini ialah Wakil Bertauliah dari tujuh***** Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara Antarabangsa.

4. Satu-satunya matlamat penyiasatan sesuatu kemalangan atau insiden adalah pencegahan kemalangan atau insiden pada masa hadapan. Ia bukanlah tujuan aktiviti ini untuk meletakkan kesalahan atau liabiliti, seperti dinyatakan dalam perenggan 3.1 Lampiran 13.

5. Kenyataan Interim Ini dikeluarkan mengenai perkembangan siasatan sehingga 7 Mac 2015 dan berdasarkan maklumat fakta yang dikumpul mengikut Seksyen 1.1 hingga 1.19 dalam Lampiran kepada Lampiran 13. Butiran maklumat fakta boleh diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan: www.mot.gov.my.

6. Pasukan Penyiasatan, sejak itu, telah mengumpulkan maklumat fakta mengenai MH370 (9M-MRO) yang termasuk, antara lain, perkara-perkara berikut:-

6.1 Rakaman radio dan pita radar Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) serta transkrip komunikasi radiotelefoni antara pesawat dan Pengawal Trafik Udara dan antara Pengawal Trafik Udara Pusat ATC Ho Chi Minh dan Singapura; dan antara Pengawal Trafik Udara dan Pusat Operasi MAS di KLIA;

6.2 Menerima penjagaan dan mengkaji rekod-rekod penyenggaraan pesawat, termasuk penyenggaraan pakej semakan, log teknikal, arahan layak terbang, modifikasi dan pembaikan, laporan kejadian mandatori, laporan berat muatan dan imbangan, jadual penyenggaraan, sijil kelayakan terbang dan dokumen-dokumen berkaitan;

6.3 Menjalankan sesi simulator untuk membangunkan semula profil penerbangan pesawat dan operasi sistem;

MH370-objek-ditemui

UTAMABERITA#MH370: Kenyataan Interim Penuh Oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium