#MH370: Kerajaan Pertimbang Tubuh RCI Dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen – Hishammuddin

MH370-turn-gs

- Advertisement -

Kerajaan akan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung tragedi pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Cadangan tersebut akan saya bawa ke pihak yang membuat keputusan. Itu jaminan saya kepada Dewan ini…(tetapi) kalau masih tidak berpuas hati, inilah cara kita melihat ke hadapan.

“Tapi apa yang boleh saya sahkan hari ini, bahawa audit atau jawatankuasa di peringkat kementerian (Pengangkutan) diwujudkan, begitu juga di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Semua ini berjalan serentak dengan operasi mencari dan pemulihan,” katanya ketika menggulung usul khas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Hishammuddin kemudian mengulangi pendirian kerajaan bahawa tumpuan pasukan mencari adalah mengenal pasti serpihan dan menemui pesawat yang hilang itu.

Mengenai operasi mencari, Hishammuddin berkata beliau optimis ia akan diteruskan walaupun berdepan cabaran seperti gangguan cuaca selain teknikal, diplomatik dan logistik dalam menjayakannya.

“Walaupun lokasi jauh dari daratan dan mencabar, saya optimis, selagi ada harapan, saya masih berharap terhadap semua harapan manakala operasi pencarian dan pemulihan akan diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai imej satelit yang dikeluarkan dari Australia, China dan Perancis, beliau berkata pihaknya akan bermesyuarat malam Selasa dengan wakil United States Pacific Command (USPACOM), sebuah badan ketenteraan bertanggungjawab bagi kawasan Lautan Pasifik.

“(Mesyuarat) ini untuk pastikan sama ada serpihan itu dari pesawat tersebut. Selepas disahkan, barulah kita akan cari kotak hitam pula. Itu cara kita, bekerjasama, sahkan petunjuk dan maklumat setiap yang ada,” katanya.

Usul itu kemudian diluluskan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Hishammuddin melahirkan rasa terharu dan terima kasih dengan sokongan padu tidak berbelah-bahagi yang dizahirkan setiap anggota Dewan Rakyat kepada kerajaan dalam menghadapi insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370.

“Hikmahnya sekurang-kurangnya ada jambatan dan perkara yang boleh menyatupadukan kita dan inilah sesuatu yang saya tengok kelebihan yang ada pada kita,” katanya.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan usul itu, anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mahu satu RCI dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat tragedi pesawat itu.

Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) berkata ia bagi memastikan tragedi itu disiasat secara mendalam dari segala aspek dan maklumat dikongsi secara terbuka dan telus kepada seluruh rakyat.

Cadangan tersebut disokong Hasbi Habibollah (BN-Limbang) yang menyatakan penubuhan itu perlu disokong semua pihak agar tragedi MH370 dapat diperincikan demi kebaikan imej negara pada masa depan.

Datuk Seri Dr S.Subramaniam (BN-Segamat) pula berkata penubuhan RCI adalah satu tanggungjawab kerajaan bagi mencari jawapan kepada semua persoalan yang menyelubungi tragedi MH370 bagi memenuhi harapan keluarga penumpang.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, ia juga sebagai pengajaran kepada kerajaan dan negara lain pada masa depan mengenai sistem teknologi di mana masih ada pesawat yang boleh terlepas dari kawalan radar walaupun dalam kecanggihan teknologi masa kini.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata jawatankuasa yang bakal dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang itu adalah amat perlu bagi menyelesaikan misteri tragedi MH370.

Dalam pengumumannya malam Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lepas, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.