27 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Teks Ucapan Usul Khas PM Zahirkan Rasa Dukacita Tragedi #MH370 Di Dewan Rakyat

MH370-Najib-Parlimen

Berikut teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Dewan Rakyat di sini, Selasa:

“Tuan Yang Dipertua, saya memohon mencadangkan satu usul seperti berikut :

“Bahawa dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

“Bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan, penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 tersebut.


“Bahawasanya dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberi bantuan dalam operasi tersebut.

“Dan bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini.”

“Tuan Yang Dipertua, saya percaya ahli-ahli Yang Berhormat telahpun mengikuti kenyataan-kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan sejak tragedi MH370 berlaku pada pagi 8 Mac.

“Kenyataan malam tadi (24 Mac) yang saya telah keluarkan dengan jelas menunjukkan bahawa kita telah pun memperoleh tanda-tanda berdasarkan pada analisis satelit yang boleh dikatakan konklusif bahawa pesawat MH370 telah pun berakhir di selatan Lautan Hindi.

“Oleh itu apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa kapal terbang tersebut telahpun hilang di selatan Lautan Hindi.

“Kerajaan sejak tragedi ini berlaku telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi-agensi yang terlibat.

“Di samping itu, kita telah berpegang kepada prinsip bahawa apa sahaja kenyatan yang kita buat semestinya disahkan terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.”

“Kita tidak ada niat sama sekali untuk menghalang ataupun menutup sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga-keluarga mangsa ataupun pengetahuan umum.

“Berkali-kali kita katakan bahawa insiden ataupun kes ini tidak pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah penerbangan.

“Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa langkah-langkah kita amatlah sesuai dan tepat yang telah kita lakukan. Kita telah juga mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara.

“Saya sendiri telah menelefon ramai pemimpin negara luar dan setiap yang saya hubungi telah menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya, dan mereka telahpun mengarahkan agensi-agensi mereka untuk memberi kerjasama dari segi maklumat radar, maklumat satelit dan juga mengarahkan aset-aset mereka digunakan dalam operasi SAR mengikut kemampuan negara tersebut.

“Dengan ini, maka operasi SAR telah dilancarkan dan telahpun diubah kawasan cariannya mengikut maklumat terkini yang kita telah peroleh.”

“Saya sedar bahawa bukan mudah bagi keluarga-keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menghadapi insiden ini dan kita sedar bahawa kita perlu memberi kepuasan kepada mereka dengan secepat mungkin.


“Oleh itu priority (keutamaan) kita setelah dapat sahkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan selatan Lautan Hindi bahawa segala tumpuan sekarang ini diberikan pada kawasan tersebut.

“Pagi tadi sekali lagi saya telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbot dan beliau menyatakan pada saya bahawa sokongan dan kerjasama bantuan Australia akan diberikan secara berterusan sehingga kita dapat mencari dan mengesan pesawat MH370.

“Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut adalah amat sukar dan amat mencabar sekali, ini bererti bahawa kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370.

“Pada masa ini kita telah menerima pelbagai cadangan antaranya ialah untuk berkabung dengan menurunkan separuh tiang bendera kita dan sebagainya.”

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...