27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

#MH370: Nombor Telefon Diterima Daripada Keluarga Penumpang AS, Bukan China – MAS

MH370-phone-call

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang anggota keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat (AS), dan bukan China.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika.

Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu.

Beliau menyerahkan nombor itu kepada Ong untuk siasatan lanjut ketika sesi taklimat sebelum itu.

Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di Internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...