Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

#MH370: Operasi Diperhebat Berikutan Isyarat Terbaru

Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield
Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield

PERTH: Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan pada Jumaat untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.

Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.

Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.

Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.

Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.

“Cuaca hari ini (Jumaat) diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer,” menurut JACC.

Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.

Berkaitan