31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 6, 2021

#MH370: Paket tuala tertera logo MAS ditemui di pantai Australia

 
tuala kecil logo mas.jpg

CANBERRA: Penemuan satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai Barat Australia oleh sepasang suami isteri boleh dianggap petunjuk terbaharu bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 yang genap setahun pada Ahad lalu.

Tuala itu sedang dianalisis bagi mencuba dan mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat yang hilang berkenaan.

Tuala kertas kecil itu berada dalam paket tertulis Malaysia Airlines yang dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan selepas ditemui oleh sepasang suami isteri ketika berjalan di pantai di Cervantes pada Julai lalu, lapor Nine News.

Pasangan itu yang menemui paket tuala itu berkata, “ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa.”

“Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya,” kata pasangan itu.

The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil seperti tuala itu bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

Baru-baru ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) mengeluarkan laporan interim setebal 584 muka surat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.