30 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

#MH370: Penipuan CNN dan Media Barat: Cubaan untuk mencemar imej Malaysia

MH370-CNN
Sememangnya kita tahu bahawa media barat selalu membuat liputan yang kurang tepat tentang sesuatu perkara yang berlaku terutamanya apabila melibatkan kerajaan negara-negara Asia. Mungkin mereka telah terperangkap terhadap stigma bahawa kerajaan negara Asia tidak secekap dan secepat kerajaan mereka. Namun penyebaran maklumat palsu dan maklumat yang direka cipta sepatutnya tidak berlaku, terutamanya daripada agensi media sehebat dan ternama seperti CNN.

Namun begitu, CNN yang selalunya menjadi rujukan bagi ramai pihak, dengan tidak bertanggungjawab telah membuat satu kesilapan yang amat besar dengan melaporkan berita-berita tidak benar tentang perkembangan kehilangan pesawat MH370. Tanpa segan silu agensi berita ini melaporkan perkara-perkara yang telah direka cipta semata-mata ingin dilihat sebagai pihak yang pertama melaporkan kepada orang awam.

CNN sering menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menyiarkan berita yang tidak benar kepada orang awam. Namun begitu, yang sebenarnya merekalah yang sibuk menyebarkan cerita-cerita tidak berasas tanpa memeriksanya dahulu.

Kadangkala percubaan CNN untuk memainkan emosi waris kepada para penumpang pesawat MH370 dilihat sebagai terlalu palsu dan hanya ingin menegakkan benang yang basah. Dalam keghairahan mereka mencari cerita dan maklumat, mereka lupa akan tanggungjawab mereka untuk melaporkan hal sebenar kepada dunia.

Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh CNN, tetapi boleh dikatakan kebanyakkan media barat sedang asyik menyebarkan cerita palsu dan separa benar. Ini juga termasuk dengan berita yang telah disebarkan oleh DailyTelegraph yang terang-terang telah direka cipta untuk melariskan akhbar tersebut. Daily Telegraph kononya telah mendapat transkrip perbualan antara Kapten MH370 dengan menara kawalan penerbangan di KLIA, namun ia adalah penipuan semata-mata kerana ianya adalah rekaan semata-mata. Ianya telah disangkal oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Media barat juga seolah-olah ingin terus menyalahkan kerajaan Malaysia dengan mencuba mencari kelemahan pihak yang melakukan operasi mencari dan menyelamat. Adakah pihak media barat ingin melemahkan moral para penyelamat yang terdiri daripada para pakar operasi menyelamat dari 26 buah negara di seluruh dunia? Walauapapun alasan mereka untuk mengeluarkan berita-berita palsu tersebut, adalah tidak wajar bagi mereka untuk mengelirukan orang awam sehingga boleh menganggu proses mencari dan menyelamat MH370. Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu bakal mengundang satu permasalah yang amat besar kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat di dalam insiden ini?

Memang benar kata Tun Dr. Mahathir Mohammad bahawa media barat yang diagung-agungkan sesetengah pihak sebenarnya tidak jujur di dalam laporan mereka. Kita sebagai orang awam haruslah sentiasa berhati-hati dalam mempercayai laporan dari pada media tidak kira barat ataupun media tempatan. Ini bukan sahaja dalam konteks pembacaan dan pemahaman untuk diri sendiri tetapi juga bagi mereka yang sering menyebarkan maklumat melalui laman-laman sosial. Sebagai orang yang bertanggungjawab kita haruslah memastikan apa yang kita ingin percayai itu adalah dari sumber yang benar dan bukannya direka cipta sepertimana yang telah dilakukan oleh Daily Telegraph dan CNN beberapa hari yang lalu. Mungkin agenda mereka adalah untuk mencemarkan nama baik Malaysia yang sedang melakukan sedaya upaya dalam usaha mencari, menyelamat dan menyelesaikan masalah tentang kehilangan pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...