25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

MH370: Pesawat Hampir Pasti Guna Kawalan Autopilot

Truss menunjukkan lokasi pencarian baharu di selatan Lautan Hindi.
Truss menunjukkan lokasi pencarian baharu di selatan Lautan Hindi.

SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 diperluaskan ke selatan dan pesawat tersebut dipercayai menggunakan sistem kawalan autopilot sebelum dilaporkan hilang.

“Pesawat itu hampir pasti menggunakan sistem kawalan autopilot. Jika tidak pesawa itu tidak akan terbang mengikut laluan teratur seperti dikesan beberapa buah satelit,” katanya.
Namun, beliau berkata, penyiasat belum dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut dan berdasarkan analisis keseluruhan maklumat itu, mereka yakin MH370 menggunakan fungsi autopilot.

Truss berkata, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengeluarkan laporan yang menggariskan asas kepada kesimpulan mereka bahawa kawasan pencarian baharu itu adalah lokasi pesawat tersebut mungkin boleh ditemui.

Katanya, semakan data mengenal pasti satu kawasan baharu seluas 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Fasa baharu pencarian pesawat berkenaan akan bermula pada Ogos depan dan dijangka memakan masa sehingga 12 bulan.

“Kami kini mengubah tumpuan ke satu kawasan yang lebih jauh ke selatan berdasarkan analisis yang dilakukan,” kata Truss.

Menurutnya, zon pencarian baharu itu terletak sekitar 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth.

Kawasan itu pernah menjadi zon pencarian udara MH370 tetapi gagal menemui sebarang serpihan.

Sebanyak dua kapal iaitu Fugro Equator dan Zhu Kezhen mula meninjau kawasan tersebut sebelum pencarian di dasar laut dilakukan secara intensif bagi mencari kapal terbang hilang itu.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...