30 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

#MH370: Rekod Panggilan Telefon Juruterbang Telah Di Serah Kepada Penyiasat

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media di KLIA
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media di KLIA

Pasukan penyiasatan sedang meneliti rekod panggilan telefon juruterbang pesawat MH370 Kapt Zaharie Ahmad Shah dari kokpit, yang dilaporkan dibuat beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.

Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Ia bukan barang berbahaya dan telah dibungkus seperti yang disyorkan oleh ICAO. Kami memeriksanya beberapa kali untuk memastikan ia dibungkus dengan betul dan dilakukan mengikut garis panduan ICAO,” katanya pada taklimat media harian mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, Jumaat.

Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan wakil khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting.

Ahmad Jauhari berkata bukanlah luar biasa bagi syarikat penerbangan membawa barangan seperti itu sebagai kargo, dan menegaskan: “Barang ini diterbangkan oleh kebanyakan syarikat pesawat kargo. Syarikat penerbangan selalu melakukan perkara ini, bukan sahaja MAS.”

Ditanya sama ada pesawat Boeing 777-200 (MH370) itu dilengkapi sistem dikenali sebagai ‘Uninterruptible Autopilot System’ yang boleh mencegah perbuatan merampas pesawat secara manual dari dalam pesawat, beliau berkata: “Pesawat itu mempunyai kelengkapan standard. Tidak terdapat sebarang peralatan tambahan padanya.”

Sementara itu, Hishammuddin berkata siasatan agensi perisikan antarabangsa mengenai penumpang dan anak kapal termasuk juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, mendapati tidak wujud sebarang perkara luar biasa.

Mengenai simulator yang terdapat di rumah Zaharie, beliau berkata: “Kami telah serahkan maklumat mengenainya kepada pihak antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan dengan kadar cepat.

Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mungkin boleh memberi komen mengenai perkembangan terbaharunya.”

Hishammuddin berkata mereka juga tidak mempunyai maklumat mengenai seorang suri rumah yang mendakwa ternampak sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam di dalam air di luar Kepulauan Andaman ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas menunaikan umrah di Makkah pada hari pesawat berkenaan dilaporkan hilang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu yang menuju ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Gerakan mencarinya dilancarkan di Laut China Selatan sebelum kawasan carian diperluaskan hingga meliputi satu kawasan yang luas di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi.

Pesawat itu dikatakan menukar haluan selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat dan pesawat bekenaan terbang selama tujuh jam selepas itu.

Gerakan mencari kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang bermula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand serta koridor selatan yang bermula dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...