26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

#MH370: Tiada Data Diterima Rolls Royce Atau Boeing Selepas 1.07 Pagi – MAS #PrayForMH370

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media di KLIA
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya

Rolls Royce dan Boeing menafikan menerima sebarang data dihantar oleh pesawat penerbangan MH370 selepas pesawat itu hilang, kata Malaysia Airlines (MAS).

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya pada Khamis menegaskan transmisi terakhir diterima daripada pesawat itu adalah pada 1:07 pagi Sabtu
lepas, dan tiada lagi selepas itu.

Beliau berkata syarikat penerbangan kebangsaan telah bertanya secara khusus kepada Rolls Royce dan Boeing mengenai laporan menyatakan pesawat hilang itu masih terbang beberapa jam selepas ia hilang, dan mengesahkan ia tidak betul.

“Kami telah hubungi kedua-dua sumber mengenai data itu, Rolls Royce dan Boeing. Kedua-dua syarikat menyatakan mereka tidak menerima data itu,” katanya dalam taklimat media pada Khamis.

Arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut menyatakan pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan.

Semua pemeriksaan penyelenggaraan dilakukan secara teratur, dengan rutin terakhir penyelenggaraan dilakukan pada 23 Februari tahun ini dan servis akan datang dijadual pada 19 Jun.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam  Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata hubungan terakhir pesawat itu dengan radar Malaysia ialah semasa pemindahan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam.

“Kami hilang pesawat itu daripada radar pada ketika kami memindahkan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam, secara spesifiknya di kawasan bernama Igari,” katanya.

Pesawat dalam penerbangan ke Beijing itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari

Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac.

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...