26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

#MH370: Tuduhan Malaysia Sembunyi Maklumat Tidak Berasas

tmp_peta-mh370-terhempas1504687013

Misi mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi bagi seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh Presiden Barrack Obama. Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa sehingga 2 minggu.

Dalam keadaan tegang ini, kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai ‘berita baik’ berbanding ‘terhempas’. Justeru, ramai yang ingin percaya ‘berita baik’ ini dan inginkan kepastian mengenainya. Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan, maka mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara ‘memujuk diri sendiri’. Pastinya, sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan, kesedihan dan kemarahan ialah Malaysia yang menjadi ‘tuan rumah’ kepada pesawat MH370.

Dalam keadaan emosi yang berbaur ramai yang terlupa bahawa walaupun misi pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia, tetapi misi ini kini merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain. Segala peralatan canggih dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau ini demi mencari MH370.

Namun, kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370 merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri kehilangan ‘Emilia Earheart’ ‘di udara’ pada 1937.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi seperti ini. Justeru, sejak dari awal lagi, kerajaan menerima dengan tangan terbuka semua bentuk pertolongan yang
ditawarkan oleh sesiapa jua.

Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat, dan bukannya direka-cipta sendiri.

Oleh yang demikian, adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk mendapatkan semua maklumat itu.


Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika, Colleen Keller, yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada tahun 2009.

Tidak mungkin pakar-pakar dan penyiasat ini turut sama-sama menyembunyikan maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing untuk dijaga, selain sifat semulajadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan keluarga.

Secara ringkasnya, menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI, Colleen Keller dan kerajaan Vietnam, Indonesia, Thailand dan semua negara yang terlibat, atas tuduhan yang sama.
Menuduh memanglah mudah tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal.

Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa-apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan pencarian. Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak yang ‘untung’ dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan.

Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370. Setiap kali sidang media, keletihan dan kerisauan mereka terserlah, sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen mereka.

Di masa yang sama, rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370. Mereka sibuk mempromosi diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan. Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...