32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

MH370: Zaharie Ada Kaitan Dengan Menantu Saya – Anwar

Wan Azizah mengatakan Anwar tidak kenal kapten Zaharie
Wan Azizah mengatakan Anwar tidak kenal kapten Zaharie

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.

“Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini,” katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

“Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul. Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai,” jelasnya.

http://www.dailymail.co.uk/
http://www.dailymail.co.uk/

Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar pembangkang dab beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali dalam majlis parti.

“Saya bukan jenis yang menyembunyikan diri daripada bertemu dengan orang ramai, Saya pernah bertemunya sekali dua tetapi tidak ingat berapa kali sebenarnya,” tambah beliau.


Anwar selain itu turut mengecam blogger yang didakwanya pro-Umno kerana dikatakan cuba mencemari reputasi Zaharie walaupun ramai berpendat bahawa juruterbang itu seorang yang baik dan memperjuangkan keadilan.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Zaharie telah ‘membunuh diri’ berikutan hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau sebelum ini, anwar memberitahu, ia perkara yang tidak logik kerana ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan.

“Saya percaya, sebanyak 90 peratus pemandu teksi yang menyokong saya juga tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Tetapi mereka tidak membuat rampasan teksi ketika ke Kajang,” Anwar berseloroh.

Sebelum ini, Anwar dipetik oleh Akhbar South China Morning Post sebagai berkata ” Saya tidak ingat nama ( Zaharie ), tetapi apabila gambarnya ditunjukkan, saya teringat pernah melihat dia dalam mesyuarat parti.”

Katanya, tiada hubungan peribadi antara dirinya dengan Zahrie tetapi juruterbang terbabit merupakan salah seorang daripada pengikut Tweeternya.

Satu laporan Daily Mail pula pada Ahad telah mengaitkan Zaharie dengan penasihat PKR itu.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...