#MH370Hilang: Enam Sebab Kehilangan Misteri Pesawat – Pakar Penerbangan #PrayForMH370 #DoaUntukMH370 - pakdin.my

“Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku,” jelas beliau.

Frost and Sullivan

Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.

Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan di sini hari Selasa, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.

“Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku,” jelas beliau.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.

“Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.

Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.

“Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU),” katanya.

Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.

Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.

“Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air,” kata beliau.

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.

“Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur,” kata beliau.


Frost & Sullivan Lihat Kehilangan MH370 Kes Terpencil

Penganalisis penerbangan Frost & Sullivan melihat kehilangan pesawat MH370 adalah antara kes terpencil dalam sejarah hitam industri penerbangan global.

Dan setakat ini, ianya bukan diklasifikasikan kemalangan berbanding yang banyak dihadapi oleh syarikat penerbangan lain dalam tempoh 20 tahun.

Amartya De / Jururunding Kanan Aeroangkasa & Pertahanan Frost & Sullivan Apac
“Dalam tempoh 20 tahun lalu, MAS hanya mengalami satu kemalangan berbanding syarikat penerbangan lain di rantau ini menerusi statistik yang dibuat.”

Tambah Amar, MAS mempunyai rekod cemerlang dari segi MRO iaitu penyelenggaraan atau baik pulih pesawat di rantau ini.

Piawaian MAS yang tinggi itu menyebabkan banyak syarikat penerbangan lain bergantung kepada MRO MAS di Subang.

Antara pesawat yang banyak dibaik pulih adalah pesawat Boeing dari Eropah dan negara asia lain.

Sumbangan MRO kepada perolehan kumpulan agak signifikan seperti operasi kargo.

 


Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

UTAMABERITA#MH370Hilang: Enam Sebab Kehilangan Misteri Pesawat - Pakar Penerbangan #PrayForMH370 #DoaUntukMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium