MH370 Hilang: Jabatan Imigresen Disiasat Isu Pasport Curi #PrayForMH370 - pakdin.my

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengarahkan siasatan terpeinci dijalankan ke atas Jabatan Imigresen berikutan penggunaan pasport curi oleh penumpang misteri bagi menaiki pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam pesawat penumpang tersebut.

Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada Ogos lalu.

Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30, yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat.

Kementerian Luar Austria berkata, Kozel selamat dan mendakwa pasportnya hilang dua tahun lalu di Thailand.

Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370


 

UTAMABERITAMH370 Hilang: Jabatan Imigresen Disiasat Isu Pasport Curi #PrayForMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium