MH370Hilang: Laporan Orang Awam, Arah Yang Sama Di Kota Bharu Dan Bunyi Dentuman Di Marang #PrayForMH370 #DoaUntukMH370 - pakdin.my
652
Empat laporan menunjukkan arah yang sama
KOTA BHARU 11 Mac – Empat laporan polis yang dibuat oleh orang awam di empat kawasan berbeza di negeri ini yang terlihat objek terbang rendah pada pagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang menunjukkan arah yang sama iaitu 350 darjah utara ke arah Laut China Selatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan tersebut, individu-individu terbabit mendakwa melihat pesawat berkenaan masing-masing di Kuala Besar, Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu, Geting, Tumpat dan Pantai Senok, Bachok.
“Keempat-empat laporan yang dibuat itu juga menunjukkan mereka melihat pesawat tersebut pada masa yang lebih kurang sama iaitu sekitar pukul 1 sehingga 2 pagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum menyerahkan laporan polis yang difailkan oleh saksi-saksi tersebut kepada Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kota Bharu, Suaidi Yusoff di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Lapan penduduk dengar bunyi dentuman buat laporan polis di Marang
MARANG 11 Mac – Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.
“Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. “Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan,” kata Alias, seorang pemandu lori.
Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.
“Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.
“Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat,” kata beliau.
Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.
…
Lagi saksi dakwa lihat pesawat terbang rendah di Kelantan.
Mohd Hisham Seman yang juga kakitangan Jabatan Agama Islam Pasir Mas mendakwa, melihat kelibat sebuah pesawat terbang rendah di kawasan rumah berhampiran dengan pesisiran pantai pada hari kejadian.
Pada mulanya dia enggan membuat laporan polis.
Bagaimanapun atas nasihat rakan sekerja, dia pergi membuat laporan ditemani rakannya itu.
Hisham membuat laporan polis di balai polis Kubang Kerian.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak melihat dengan jelas lambang pada pesawat tersebut tetapi dapat melihat keseluruhan pesawat termasuk ekor, badan dan sayap, bermakna ia terbang agak rendah.
Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.