MIC Gesa Lelaki Serang Kamalanathan Dikenakan Tindakan - pakdin.my

Sokong lah siapa sahaja selagi mereka tidak mengganggu ibadah kita. Kalau ibadah kita diganggu dan dipertikai selain dari mempermainkan agama kita mereka juga melanggar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. WAJIB kita tolak..

kamala-korban

Perdana Menteri perlu ambil tindakan terhadap P Kamalanathan kerana kenyataan beliau yang bersifat rasis dan bertentangan dengan Pekeliling Iktisas  1976. sebagai menteri yang bertanggungjawab beliau sepatutnya tau arahan kementerian bukan mengeluar kenyataan sendiri membelakangkan dasar yang dibuat oleh kementerian yang beliau menjadi timbalan menteri.

Pekeliling Iktisas 1976 Benar Aktiviti Keagamaan Di Sekolah

korban-puchong

Kenyataan beliau juga bertentangan dengan artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Sebagai seorang ahli parlimen beliau sepatutnya tahu dan tidak menyebelahi orang yang bersikap kurang ajar memperlekehkan agama rasmi persekutuan.

Sikap rasis beliau dalam kes SK Pristana juga jelas bertentangan dengan perpaduan dan intergrasi nasional apabila menyebelahi penjaga kana-kanak yang memfitnah pihak pentadbiran sekolah dengan sentimen perkauman.

Antara Dhanyaraam Chinathamby dan P Kamalanathan, Siapa Lebih Layak Jadi Timbalan Menteri Pelajaran

Mulut didahulukan otak dikemudiankan. Hebat bercakap bukan bermakna hebat bekerja. Nak pergi siasat sebelum bercakap pun malas.

kenyataan pelajar sekolah berkenaan

Rentetan pembongkaran pembohongan yang dilakukan oleh beberapa orang penulis kaum India bahawa sebuah sekolah di mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas (Lihat siri 1 dan Siri 2)

Seorang jurublog dari kaum India dan seorang Timbalan Menteri Pelajaran dari kaum india mengulas.

Jurublog bernama Dhanyaraam Chinathamby menulis: baca seterusnya

MIC Gesa Lelaki Serang Kamalanathan Dikenakan Tindakan

Pemimpin MIC mahu tindakan diambil terhadap lelaki yang didakwa menyerang Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan pada Ahad.

Setiausaha Agung MIC A.Prakash Rao berkata beliau kesal apabila seorang lelaki menunjukkan kemarahannya di khalayak ramai.

“Ini bukan cara untuk mendekati seorang timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor,” kata beliau ketika dihubungi.

Pada Ahad, Kamalanathan telah menghadiri program di bahagian ini dan beliau telah diserang oleh seorang lelaki, dipercayai anggota Pemuda Umno Hulu Selangor berhubung permintaannya mengenai pemindahan guru sekolah.

Ketua Penerangan MIC L.Sivasubramaniam berkata penyerang ‘patut dihukum’.

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meneliti kes itu.

Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata sayap itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang lelaki menyerang seorang timbalan menteri yang merupakan Ahli Parlimen kawasan itu. Perbuatan seperti itu memang salah dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya sambil menyeru jawatankuasa disiplin Umno untuk bertindak.

Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj A. berkata tindakan lelaki itu adalah memalukan seluruh pergerakan belia BN.

 

UTAMAPOLITIKMIC Gesa Lelaki Serang Kamalanathan Dikenakan Tindakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium