MIC Kutuk Insiden Serangan Ke Atas Kamalanathan – Palanivel - pakdin.my

palanivel-1-300x202

Perbuatan G Palanivel mengutuk serangan keatas P Kamalanathan sebenarnya dibuat bagi menghangatkan suasana bagi membangkitkan bibit kebencian UMNO Hulu Selangor dan pengundi melayu disini.

Perkara ini ada hubungkait dendam beliau kepada P Kamalanathan yang dicalonkan bertanding didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ahun 2010. Ketika itu G Palanivel merupakan Timbalan Presiden MIC dan bakal menjadi Presiden seleas pengunduran diri Samy Vellu. Ketika itu G Palanivel bukan seorang ahli Parlimen selepas kalah didalam Pilihanraya Umum 2008. Sekiranya beliau masih ingat Saya ada menghantar sms mengatakan beliau akan kalah ditangan pengundi India sendiri tetapi beliau dengan angkuh menidakkan pandangan saya.

Bibit kemarahan tidak berakhir selepas PRK Hulu Selangor apabila P Kamalanathan tidak dilantik semula (dipecat?) daripada jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan MIC. G Palanivel yang juga pengerusi MIC Hulu Selangor terus memberikan tekanan kepada P Kamalanathan dan mengarahkan cawangan MIC memboikot mahjlis yang dianjurkan oleh P Kamalanatahan atas kapasiti beliau sebagai ahli parlimen Hulu Selangor.

Tidak lama selepas dilantik menjadi Presiden MIC, G Palanivel memberikan restu kepada R. Sithamparam menjadi pengerusi MIC Hulu Selangor. Pengerusi yang baru juga menjauhkan diri dari P Kamalanathan begitu juga Ketua Pemudanya V Mugilan. V Mugilan juga mendakwa kekalahan beliau dalam pertandingan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan adalah kerana sabotaj dari P Kamalanathan.

Kutukan G Palanivel terhadap peristiwa serangan terhadap Kamalanathan sebenarnya tidak ikhlas dan lebih kepada isyarat meminta pengundi Hulu Selangor bangkit menentang Kamalanathan. Lebih kepada untuk mengeruhkan suasana. Pengundi di Hulu selangor memang faham dengan perangai G Palanivel

MIC Hulu Selangor masih berdiam diri dalah hal ini.

Pengundi Hulu Selangor yang selama ini menyimpan rasa marah kini ada ruang untuk meluahkan perasaan mereka.

Ayuh bangkitlah majoriti senyap. Ruang telah terbuka.

 

 

MIC Kutuk Insiden Serangan Ke Atas Kamalanathan – Palanivel

MIC mengutuk keras tindakan seorang lelaki menyerang Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Ahad lepas.

Presidennya Datuk Seri G. Palanivel berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tiada menteri atau timbalan menteri ditumbuk dalam sejarah negara ini.

“Saya sudah bercakap dengan Kamalanathan mengenai perkara ini. Ia tidak seharusnya berlaku dan saya tidak tahu kenapa ianya terjadi. Mungkin Kamalanathan bersetuju dengan permintaan lelaki itu untuk seorang guru ditukarkan.

“Bagaimanapun, saya akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok dan membincangkan insiden ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ‘Pongal’ di Little India, Brickfields, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang lelaki menumbuk Ahli Parlimen Hulu Selangor itu di pejabat pusat khidmat ahli parlimen itu di Bukit Beruntung, Rawang, Ahad lepas.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata ahli MIC telah membuat beberapa laporan polis berhubung kejadian itu dan berharap polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam pula meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

UTAMAPOLITIKMIC Kutuk Insiden Serangan Ke Atas Kamalanathan - Palanivel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium