30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

MIC tinggalkan Perikatan Nasional

Parti MIC hari ini mengumumkan pendiriannya untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk M Asojan Muniandy, berkata pendirian itu disampaikan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos lalu.

Beliau berkata, MIC mulanya bersetuju menyertai PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama, namun apabila hujung bulan lalu UMNO dikatakan tidak akan menyertai pakatan itu, maka keputusan MIC sebelum ini tidak terpakai.

“Namun seperti UMNO dan BN, MIC juga akan terus menyokong kepemimpinan kerajaan sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, surat dihantar MIC kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang menjadi tular di media sosial itu antara lain menyebut, keanggotaan pemimpin MIC sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja PN tidak boleh dipakai sehingga satu keputusan baharu dibuat oleh Majlis Tertinggi MIC.

Akhir bulan lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memutuskan untuk tidak menyertai PN secara rasmi, sebaliknya akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Ahmad Zahid berkata, sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen UMNO dan BN di Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di peringkat negeri. – BERNAMA

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...