31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Mihun Jijik Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah – Jakim

mee-hoon-cap-masjid (3)

mee-hoon-cap-masjid (1)Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk ‘Bihun Istimewa’ menggunakan lambang masjid keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara.

Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial.

Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya.

“Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

mee-hoon-cap-masjid (5)Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini,” katanya.


Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang ‘masjid’ tersebar di blog dan laman sosial.

Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan.

Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan.

mee-hoon-cap-masjid (4)

mee-hoon-cap-masjid (2)

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...