Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Malaysia

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Global

All countries
228,421,913
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
All countries
203,280,138
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
All countries
4,692,937
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Minta maaf atau berdepan himpunan besar-besaran

UMNO Selangor Harap Rakyat Bukan Islam Di Selangor Patuh Arahan

Pengarang majalah mingguan Katolik, The Herald, Lawrence Andrew digesa meminta maaf kepada umat Islam atau berdepan dengan himpunan besar-besaran Melayu Islam Selangor yang akan mempertahankan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sekiranya perkara itu terjadi, UMNO dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak wajar dipersalahkan kerana provokasi ini dilakukan oleh Lawrence yang dengan jelas mencabar undang-undang negeri dan melanggar titah Sultan Selangor.

“Kemungkinan Lawrence nak tunjuk besar kepala, Jangan terkejut kita orang Melayu buat himpunan besar-besaran membantah tindakan beliau.

“Jangan salahkan UMNO dalam hal ini. Jangan tuding jari kepada JAIS, dan polis. Tuding jari kepada siapa punya pasal. 26 tahun kita hidup aman tiada orang pertikai. Tiba-tiba Lawrence ini timbul,” kata Noh dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor, Sabtu.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu turut mahu pihak polis meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa di bawah Seksyen 10 Enakmen 1988 untuk mengambil sebarang tindakan.

“Penyiasatan harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa kemuka keadilan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Noh berkata beliau tidak membenarkan UMNO Selangor mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.

Beliau turut meminta badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya yang memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu turut mengambil pendekatan yang serupa.

“UMNO Selangor tidak membenarkan demonstrasi di gereja daripada UMNO dan NGO Melayu yang memperjuangkan isu ini. Jangan adakan himpunan dan bantahan di gereja. Kita tak mahu timbulkan konflik agama.

“Kalau nak buat nota bantahan, hantar terus kepada Paderi Lawrence. Jangan ganggu gereja. Agama Kristian mungkin tidak berfikiran seperti Paderi Lawrence. Jangan babitkan orang lain. Dia je punca,” tegas Noh.

“Kita hanya tuntut Paderi Lawrence minta maaf. Kalau dia berdegil, JAIS dan polis boleh teruskan. Tak payah ajar polis (dan) JAIS (kerana) tindakan mereka itu ikut undang-undang,” tegas Noh sambil mengingatkan jika ada pihak yang tidak berpuas hati mereka boleh merujuk perkara itu  ke mahkamah.

Noh turut menyelar pemimpin luar Selangor yang cuba mencampuri hal ehwal agama Islam negeri itu.

“Saya nak berikan ingatan kepada pemimpin lain, luar daripada Selangor jangan campur tangan. Ini masalah Selangor. Saya tak mahu komen negeri lain. Saya tak tahu pun jika (enakmen sama) ada di Sabah dan Sarawak.

“Pemimpin negeri lain jangan nak jadi hero nak selesaikan isu ini. Selagi undang-undang ini tidak dipinda kerajaan negeri ia masih sah. Selagi undang-undang ini ada, jangan cuba perlekehkan,” tegas Noh

 

UMNO Selangor Harap Rakyat Bukan Islam Di Selangor Patuh Arahan

Mengenai serbuan dan rampasan kitab injil berbahasa Melayu dan Iban oleh JAIS, khamis lalu UMNO Selangor meminta mereka yang tinggal di Selangor mematuhi dua perkara berikut.

Enakmen yang diwartakan pada tahun 1988, jelas melarang orang bukan islam di Selangor menggunakan 35 perkataan arab dalam ungkapan agama mereka termasuk kalimah Allah.

Sultan Selangor pula pada november tahun lalu bertitah, penggunaan kalimah allah dalam kitab injil dan penerbitannya dalam akhbar The Herald versi melayu perlu dihentikan serta merta di negeri Selangor.

Berkaitan