30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

“Minta Maaf! DAP Tak Pernah Beri Kata Setuju Hudud” – Karpal @nikabdulaziz

DAP pada Jumaat menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusinya, Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

“Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan