Minta sedekah sambil berjudi online, di Gerbang Malam, Ipoh [VIDEO] - pakdin.my

Seorang warga maya menasihati orang ramai agar berhati-hati untuk menderma wang selepas melihat seorang wanita meminta sedekah sambil bermain judi atas talian.

Pemilik akaun Twitter dikenali Noorazlee memuat naik rakaman dari arah belakang, menunjukkan seorang individu sedang duduk menadah dipercayai tabung derma, namun menyorokkan sebelah lagi tangannya yang sedang asyik melayari permainan kasino melalui telefon bimbit.

Kejadian didakwa berlaku di laluan pejalan kaki di Gerbang Malam di Ipoh, Perak.

“Minta sedekah sambil berjudi. Nice job makcik. So guys, berhati-hati lah. Lokasi di Gerbang Malam, Ipoh,” tulis pemuda itu.

Bagaimanapun salah seorang pengguna Al-Firdaus Rosman dalam reaksi memberitahu wanita itu telah “diterjah” oleh peniaga gerai malam di situ.

“Hahaha, mantap bro. Membanteras jenayah judi adalah tanggungjawab bersama,” kata Norrazlee memberi reaksi insiden tangkapan itu.

Klip video 13 saat yang dimuat naik Noorazlee pada Jumaat lalu mencatat lebih 150,000 kali tontonan dengan lebih 6,000 kali diulang siar.

 

UTAMABERITAMinta sedekah sambil berjudi online, di Gerbang Malam, Ipoh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium