Minta SPRM siasat hanya mahu tutup sikap hipokrit - pakdin.my

LGE-sebelum-dan-sesudah

Langkah Lim Guan Eng menulis surat minta  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pembelian Mercedes kegunaan beliau hanya untuk menutup sikap hipokrit Ketua Menteri tersebut.

Beliau sepatutnya sedar rungutan pelbagai berhubung kereta Mercedes Benz S300L adalah berkaitan soal pembaziran kerana kerajaan negeri baru sahaja membeli kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasminya.

“Tiada isu dengan beliau membeli kereta itu, cerita dia sekarang isu moral, sebelum ini dia sudah cakap besar mengamalkan hidup sederhana, tapi dengan pembelian itu menunjukkan yang sebaliknya,” kata Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid.

Katanya, ini menggambarkan Guan Eng seorang pemimpin hipokrit dan persetujuannya membeli serta menggunakan kenderaan mewah itu dilihat satu tindakan “cakap tidak serupa bikin”.

“Apa yang dia buat ini cakap tidak serupa bikin, kalau dulu naik kapal terbang Fireflyz, sekarang mana ada lagi.
“Dia sudah rasa selesa, mungkin dia rasa rakyat Pulau Pinang semua sudah sepenuh hati sokong dia, itu yang dia mula tunjuk taring,” katanya kepada bnbbc.my.

Ditanya adakah wajar Ahli Parlimen Bagan itu meminta SPRM menyiasat isu pembelian Mercedes itu, beliau tidak melihat keperluan siasatan keatas pembelian kereta tersebut.

“Tiada isu dengan dia beli kereta itu, cerita dia sekarang isu moral, sebelum ini dia sudah cakap besar mengamalkan hidup sederhana, tapi dengan pembelian itu menunjukkan yang sebaliknya,” katanya lagi.

Minggu lalu Guan Eng menulis surat kepada SPRM berhubung pembelian kereta mewah Mercedes Benz S300L bernilai RM657,218.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya isu pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasminya.

Tindakan itu jelas sebagai langkah mempertahankan keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk membeli kereta itu dengan harga RM298,263.75 berbanding nilai sebenar.

Guan Eng dilihat cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat berhubung pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri itu dengan mengaitkan SPRM sedangkan ianya bukanlah satu keperluan.

Apa yang boleh dipertikaikan ialah sejauh mana Guan Eng berpegang kepada kata-kata beliau yang selama ini disogokkan ke telinga rakyat Pulau Pinang kononnya pimpinan pembangkang berjuang membela kepentingan rakyat tetapi sebenarnya mereka hidup mewah.

Setakat ini, beliau juga gagal menjelaskan kenapa syarikat pembekal Mercedes itu memberikan diskaun sehingga RM100,000 yang dianggap sesetengah pihak satu jumlah besar.

Apakah ada udang disebalik batu. Guan Eng patut tidak membatu.

UTAMAPOLITIKMinta SPRM siasat hanya mahu tutup sikap hipokrit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium