30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Minum arak: 19 maut, 14 masih kritikal

Seramai 19 maut dan 14 masih kritikal selepas dipercayai meminum arak jenama King­fisher Beer, Mandalay Whisky serta Grand Royal Whisky buatan India dan Myanmar di sekitar Lembah Klang sejak se­malam.

Mangsa mengalami beberapa symptom seperti muntah, sakit perut, peng­san dan meninggal dunia dalam tempoh lapan hingga 12 jam.

Simptom yang timbul dalam masa tidak sampai sehari selepas mengambil minuman me­ngandungi alkohol sebanyak la­pan hingga 40 peratus itu.

Bagaimanapun tidak dapat di­sahkan sama ada arak yang diminum kesemua mangsa adalah tiruan, telah tamat tempoh atau telah dicampur dengan benda asing sehingga berubah men­jadi racun.


Ketua Pengarah Ke­­sihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah ke­seluruhan mangsa yang terlibat ialah 51 orang dengan 45 orang di Selangor dan enam lagi di Kuala Lumpur.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga individu merupakan warga tempatan manakala 48 lagi terdiri daripada warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

“Selain 19 yang maut, 14 pesakit berada dalam keadaan kri­tikal, sembilan dimasukkan ke wad untuk rawatan manakala sembilan lagi dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Hi­sham, kesemua mangsa menunjukkan tan­da-­tanda keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan, sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.


Jelas beliau, tanda-tanda dan gejala awal keracunan akan dialami bermula sehari atau dua hari selepas tarikh akhir mengambil minuman tersebut.

“Laporan polis telah dibuat oleh pihak kementerian untuk mengenal pasti pengedar, pe­ngilang dan punca keracunan sekaligus menyekat pembekalan minuman keras yang tercemar di pasaran,” katanya.

Sementara itu menurut sum­ber, bir jenama Kingfisher kerap dirampas di pelabuhan kerana cuba lari daripada cukai, manakala dua jenis lagi dipercayai dibotolkan di negara ini.


“Dua lagi jenis minuman keras itu dibotolkan di negara ini dengan campuran bahan yang lain, oleh kerana itu, jumlah peratusan alkoholnya lebih tinggi daripada yang dibenarkan,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pula berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun berda­sarkan keterangan yang diambil dari­pada mangsa, kesemua mereka dimasukkan ke hospital selepas meminum tiga jenis minuman keras berkenaan.

………..
https://pakdin.my/arak

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan