Minuman kosong peratus alkohol hanya untuk bukan Islam - pakdin.my

Menurut syarikat itu, jenama Heineken® 0.0 adalah produk tidak halal dan permohonan sijil halal dilihat tidak perlu

Pengeluar minuman arak, Heineken Malaysia Berhad berkata syarikat pengeluar produk minuman kosong peratus alkohol itu tidak akan memohon sijil penarafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut syarikat itu, jenama Heineken® 0.0 adalah produk tidak halal dan permohonan sijil halal dilihat tidak perlu walaupun minuman tersebut dikategorikan sebagai kosong peratus alkohol.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Heineken berkata, produk berkenaan dilarang untuk dijual kepada umat Islam, malah hanya boleh dibeli oleh individu bukan Islam berusia 21 tahun ke atas.

“Heineken® 0.0 hanya untuk orang bukan Islam berumur 21 tahun ke atas sahaja.

“Semua produk ini semestinya diletakkan di zon bukan halal dalam pasar raya dan kedai-kedai serbaneka dengan papan tanda yang jelas menunjukkan bahawa produk tersebut adalah dilarang untuk dijual kepada individu 21 tahun ke atas sahaja,” kata Pengurus Komunikasi Korporatnya, Ng Eng Kiat.

Sekiranya minuman itu bebas alkohol, ia tidak boleh dinamakan arak sama sekali.

Kalau kosong peratus alkohol, kenapa nak sebut arak.

Arak adalah arak, kalau bukan arak jangan namakan alkohol halal.

Isu kandungan kosong alkohol diiklan di akhbar The Sun bertarikh 8 Julai 2019.

Ia memaparkan poster minuman zero-alcohol keluaran syarikat Heineken dengan slogan “Now You Can”.

Ia menjadi tular apabila jelas menunjukkan bahawa minuman itu tidak mengandungi alkohol.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMinuman kosong peratus alkohol hanya untuk bukan Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium