26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Minuman Starbucks Halal – Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman Starbucks disahkan halal selepas satu mesej yang mendakwa sebaliknya menjadi viral.

Wakil dari Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu The Star Online bahawa mesej itu bukan perkara baharu dan pernah diviralkan dua tahun lalu.

“Kami menafikan khabar angin itu sebelum ini. Kami memberi jaminan bahawa Starbucks Malaysia diiktiraf halal dan pensijilannya tidak pernah dibatalkan,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dikenali.

Mesej yang diviralkan menggunakan aplikasi WhatsApp itu mendakwa beberapa minuman Starbucks haram kerana ia mengandungi E471 (Emulsifier 471) dan bahan tambahan makanan berasal daripada babi.

Pegawai Jakim itu berkata pihaknya tiada kuasa untuk menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut.

“Kami hanya boleh mengulangi apa yang pernah kita katakan sebelum ini, tetapi ia bergantung kepada Starbucks Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu itu,” katanya.

20161025-starbucks

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.