Misteri Kehilangan Remaja Di Villa Nabila Terjawab – video - pakdin.my

Izzat Izzudin Husin
Izzat Izzudin Husin

Misteri kehilangan remaja yang kononnya disembunyikan makhluk halus di banglo terbiar, Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai, Johor akhirnya terjawab apabila ditemui di rumah rakannya kira-kira pukul 12:30 malam tadi.

Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun ditemui berada di rumah rakannya yang terletak di Flat Desa Bukit Mutiara, Bandar Dato’ Onn kira kira 16 kilometer dari banglo Villa Nabila.

Remaja itu ditemui dalam keadaan sihat dan dikatakan sudah berada di situ sejak pagi Ahad lalu.

Izzat dan dua lagi rakannya, masing masing lelaki dan perempuan berusia lingkungan 15 dan 16 tahun, ditemui hasil maklumat orang ramai.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Dato Onn untuk diambil kenyataan.

 

UTAMAMisteri Kehilangan Remaja Di Villa Nabila Terjawab - video

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium