30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

MKN Hantar Pasukan Ke Mesir Untuk Nilai Keperluan Evakuasi Rakyat Malaysia

latestEgyptRiots

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghantar satu pasukan ke Mesir bagi menilai keperluan evakuasi dan situasi keselamatan rakyat Malaysia di negara itu.

MKN dalam satu kenyataan hari Ahad berkata pasukan itu yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berperanan menyelaras persediaan dan persiapan dengan pihak berkaitan di negara tersebut sekiranya pelan evakuasi dilaksanakan.

“MKN telah diarahkan oleh kerajaan untuk menyelaras segala persiapan yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir berikutan keadaan tidak menentu di negara itu.

“Bagi tujuan ini, satu pasukan telah dihantar ke Mesir bagi menyelaras perjalanan proses ini dan sehingga kini dianggarkan seramai 3,300 rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut situasi keselamatan yang berlaku di Mesir kini berada dalam keadaan tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda pada minggu ini.

Perarakan oleh kumpulan penyokong Dr Mohammed Mursi juga diadakan di bandar utama sekitar Mesir dan dilaporkan turut melibatkan petempatan pelajar Malaysia yang berada di kawasan tersebut.

Dalam hubungan itu, beberapa siri mesyuarat diadakan bagi menilai perkembangan situasi keselamatan di Mesir dan merangka persiapan serta pelan tindakan sekiranya terdapat keperluan untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke tempat yang selamat.

Mesyuarat terbaru diadakan pada 15 Ogos lepas yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk MKN, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Malaysia Airlines dan AirAsia.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan