MKN: Sambut Aidilfitri hari pertama sahaja, terhad 20 orang - pakdin.my

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan sambutan perayaan Aidilfitri dilakukan pada hari pertama sahaja, umum menteri pertahanan pada hari ke-57 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata syarat itu termasuk perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, dan dihadkan kepada 20 orang ahli keluarga terdekat.

“Mesyuarat Khas MKN semalam telah memutuskan untuk mengehadkan aktiviti ziarah-menziarahi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari

Gawai untuk hari pertama perayaan sahaja.

“Aktiviti ziarah hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari,” katanya.

Ismail berkata jumlah 20 orang sehari juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan penjarakan sosial dapat diamalkan.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bahrain di mana 16 orang daripada satu keluarga dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri majlis iftar keluarga.

“Hal yang sama juga berlaku di New Jersey, Amerika Syarikat di mana empat sekeluarga meninggal dunia akibat Covid-19 selepas menghadiri majlis anjuran keluarga,” katanya.

Tambahnya mesyuarat kabinet juga memutuskan semua pejabat kerajaan terutama kaunter perkhidmatan dibuka sepenuhnya.

Katanya kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi sepenuhnya hari ini dan akan diikuti oleh jabatan kerajaan yang lain.

“Semua SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya seperti melakukan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

“Pejabat yang terlibat juga perlu disanitasi terlebih dahulu sebelum beroperasi,” katanya lagi.

UTAMABERITAMKN: Sambut Aidilfitri hari pertama sahaja, terhad 20 orang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium