27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Model Mohon Maaf Pijak Gambar PM

Seorang remaja 19 tahun yang telah ditahan oleh polis kerana didakwa memijak gambar Perdana Menteri semasa perhimpunan malam Merdeka pada Khamis, membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya memohon maaf kerana memijak gambar Perdana Menteri di Dataran Merdeka,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP.

Bercakap melalui peguamnya Eric Tan, Ong Xin Yi, 19, menafikan bahawa dia mempunyai apa-apa niat melakukan hasutan dan hanya mengikut orang lain yang melakukan perkara yang sama.

Dilaporkan bahawa ramai peserta perhimpunan pada 30 Ogos telah ditangkap kerana memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, polis memberi tindak balas terhadap kritikan bahawa mereka bertindak keterlaluan dengan menggari gadis itu apabila dia menyerah diri di Johor Baru pada hari Rabu, dengan menyatakan mereka mengikut prosedur semata-mata.

“Apabila seseorang ditangkap, mereka digari. Ia adalah sebahagian daripada Kanun Tatacara Jenayah,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Timbalan Komisioner Datuk Mohmad Salleh pada sidang akhbar di Pasar Seni, Khamis.

Mohmad mengesahkan bahawa kes itu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Undang-undang ini masih berkuat kuasa dan tidak pernah dimansuhkan jadi kita dibenarkan untuk menggunakannya,” katanya ketika ditanya tentang penggunaan undang-undang yang akan digantikan dengan Akta Harmoni.

Mohmad berkata bahawa semua mereka yang ditahan berhubung kejadian itu telah dibebaskan atas jaminan Khamis sekitar pukul 2.00 pagi.

“Kami masih mencari seramai sembilan orang dan saya menasihati mereka untuk menyerah diri secepat mungkin,” katanya.

Beliau menambah bahawa 238 laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan