Mogok lapar: Hanya 10 Jam ADUN PKR K.O dan Dikejarkan Ke Hospital - pakdin.my

Mogok lapar Kesavan bermula am 11 pagi pada 22 Jun dan sepatutnya berakhir pada jam 11 pagi pada 24 Jun.

Selepas bermula jam 11 pagi, dia mengambil masa selama 10 jam sebelum dikearkan ke hospital dengan ambulan.

Umat Islam Malasia berpuasa dari 5 pagi hingga 7 malam – itulah 14 jam.
—-
Mogok lapar: ADUN PKR dihantar ke hospital

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang mengadakan mogok lapar sebagai tanda protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak menjawab beberapa isu yang dibangkitkannya, telah dihantar ke hospital.

ADUN PKR Hutan Melintang, Kesavan Subramaniam telah mengadakan mogok lapar di luar ibu pejabat Suruhnaaya Pilihanraya di Putrajaya semalam apabila penyokongnya yang bimbang tentang kesihatannya, telah memanggil ambulans malam tadi.

“Sekitar 9 (malam tadi), beberapa penyokong yang berada bersama Kesavan mendapati tahap kesihatan beliau agak merisaukan dan telah membuat keputusan memanggil ambulans untuk membawa beliau ke hospital Putrajaya.

“Keadaan beliau pada waktu ini difahamkan stabil dan semakin pulih,” kata Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi juga berkata pihaknya belum menerima maklumat daripada doktor yang merawat Kesavan untuk mengesahkan atas sebab beliau terpaksa dihantar ke hospital.

UTAMAPOLITIKMogok lapar: Hanya 10 Jam ADUN PKR K.O dan Dikejarkan Ke Hospital

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium