32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Mohd Shafie Apdal : Anggota Umno Diingat Terus Bersatu Untuk Tawan Semula Selangor @IdrisBakar

KUALA KUBU BAHARU, 8 Sept  — Anggota Umno perlu terus mengukuhkan perpaduan dalam parti untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata anggota Umno perlu mengambil contoh kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 2010 sebagai bukti Selangor boleh ditawan semula atas semangat perpaduan dan kerajinan anggota parti.

“Kalau dalam pilihan raya kecil di negeri yang pembangkang sedang memerintah dan menggunakan jentera sekuat-kuatnya pun kita mampu tawan, apatah lagi pada pilihan raya umum.

“Selain kesatuan dan kesaksamaan, pengorbanan juga harus ditahap yang tinggi. Jangan korbankan parti kerana kepentingan peribadi. Kita harus berjuang tingkatkan gerak kerja kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Umno bahagian Hulu Selangor di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Ketua Umno Hulu Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.

Mohd Shafie turut mengingatkan perwakilan Umno agar terus memberi sokongan kepada mana-mana anggota parti dalam BN yang menjadi calon pilihan raya walaupun dari parti yang berbeza.

Yakin bahawa Umno sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRU-13, beliau berulang kali mengingatkan perwakilan bahawa persekitaran politik pada masa ini jauh berbeza daripada tahun 2004 dan 2008.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan perwakilan agar terus meningkatkan jumlah daftar pemilih di kalangan anggota Umno untuk menjamin kemenangan pada PRU-13.

Mengulas mengenai insiden pada perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lepas, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata budaya itu tidak selari dengan ajaran Islam mahupun agama-agama lain.

“Hari kemerdekaan patutnya dirai bersama sebab itu waktu kegemilangan negara dilepas dari penjajahan. Bukannya landasan untuk terap kebencian. Ini perbuatan tak beradab. (Pembangkang) tak patut terap (perbuatan seperti itu) di kalangan penyokong terutama generasi muda,” katanya.

Tegasnya, ketaksuban yang tidak mengenal peri kemanusiaan dan peradaban seperti itu tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Malaysia.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan