Mohd Zin: Manifesto Pakatan Pembangkang ibarat surat khabar lama @zinmohamed #SSYBN - pakdin.my

mohd Zin MohamedSHAH ALAM – Manifesto pakatan pembangkang Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah ibarat surat khabar lama kerana ia merupakan ulangan semula janji-janji yang masih gagal dikotakan, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata janji yang dibuat adalah perkara yang masih tidak ditunaikan seperti pendidikan percuma walaupun pakatan pembangkang telah memerintah hampir lima tahun di Selangor.

“Jika diteliti dalam manifesto lepas di Selangor sahaja, saya rasa mereka hanya realisasikan lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji-janji manis yang dibuat, malah dengan berani Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata manifesto bukanlah satu akujanji,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zin berkata dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini jelas membabitkan kos yang tinggi dan beliau mempersoal kemampuan mereka melaksanakannya.

Beliau berkata secara keseluruhannya manifesto pakatan pembangkang itu jelas satu janji pilihan raya bertujuan hanya untuk memancing undi semata-mata.

Katanya antara janji yang dibuat pakatan pembangkang seperti kononnya ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti-Monopoli, sebenarnya perlu dilaksanakan dahulu di Selangor terutamanya dalam industri perlombongan pasir.

“Industri perlombongan pasir yang berharga berbilion ringgit hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Bukankah sepatutnya tender melombong pasir ini perlu diberikan secara terbuka agar hasil yang diperoleh lebih telus dan mampu menjana ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zin berkata beliau sedia berdebat dengan mana-mana pihak membabitkan manifesto BN dan pakatan pembangkang di Selangor.

“Saya sedia berdebat dengan siapa sahaja selepas kita lancarkan manifesto untuk sama-sama lihat perbezaan antara janji manis mereka yang hanya tinggal janji dengan manifesto BN yang bersifat realistik,” katanya.

Mohd Zin berkata pihaknya masih dalam proses memurnikan manifesto BN di Selangor yang dilakukan melalui penyelidikan dan mengambil kira pelbagai aspek termasuk rekod lepas, perancangan masa depan dan keadaan ekonomi global.

UTAMAPOLITIKMohd Zin: Manifesto Pakatan Pembangkang ibarat surat khabar lama @zinmohamed #SSYBN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium