28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Mohd Zin Persoal Tindakan Segera Kerajaan Selangor Tangani Banjir @zinmohamed

 Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed Isnin mempersoalkan tindakan segera kerajaan negeri Selangor untuk menangani masalah banjir di negeri itu.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata kerajaan Selangor pernah berjanji membina kolam tebatan banjir di Klang suatu masa dulu namun sehingga kini ia masih belum dilaksanakan.


“Kerajaan negeri juga mengaku berlakunya tragedi ban pecah (yang menyebabkan banjir) namun menyalahkan penduduk yang melakukan aktiviti pertanian di kawasan terbabit.

“Secara logik, jika pokok ditanam, maka ban tidak akan pecah sebaliknya akan bertambah kuat kerana struktur akar pokok yang mencengkam tanah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 588 keluarga mangsa banjir di Sepang dan Kuala Langat, di sini Isnin.


Setiap keluarga menerima RM1,000 termasuk RM500 daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala selebihnya sumbangan Tabung Bencana Alam Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana tersebut baru-baru ini.


Mohd Zin merayu kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menangani perkara perlombongan pasir haram di sekitar Sungai Langat dan masalah pengurusan sampah yang didakwa antara punca berlakunya banjir di Sepang dan Kuala Langat.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan