Moody's unjur KDNK Malaysia 4.4 peratus tahun ini - pakdin.my

Moody’s Investors Service menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus tahun ini, angka yang hampir menyamai aras paling tinggi unjuran kerajaan iaitu antara 4.0 hingga 4.5 peratus.

Naib Presiden-Penganalisis Kanan Kumpulan Risiko Kreditnya, Christian de Guzman, berkata unjuran Moody’s itu adalah berasaskan kepada prospek eksport, pelaburan dan penggunaan negara yang sejajar dengan sentimen lemah pengguna bagi tahun ini.

“Prospek penarafan kredit Malaysia kekal stabil atas sokongan trend penstabilan fiskal yang kekal kukuh.

“Tindak balas dasar telah berkembang, rizab telah stabil dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana bank pusat bertoleransi dengan fleksibiliti kadar pertukaran yang baik, tetapi imbangan akaun semasa walaupun masih mencatatkan lebihan, mencerminkan penimbal mengecil berbanding aliran modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai edisi Inside ASEAN Moody’s yang baru dikeluarkan, di sini, hari ini.

Edisi itu mengkaji pelaksanaan pembaharuan dasar utama di Malaysia yang mengurangkan kesan negatif harga rendah minyak ke atas paras fiskal kerajaan.

Mengikut Moody’s, tekanan luaran termasuk peningkatan ketidaktentuan aliran modal dan penurunan nilai kadar pertukaran memperlahankan pertumbuhan dan metrik luaran Malaysia yang dengan itu menyokong keputusannya terdahulu untuk menyemak semula prospek penarafan kredit kepada stabil daripada positif.

Mengenai minyak mentah, syarikat penarafan antarabangsa itu masih mengandaikan rejim harga yang rendah pada purata AS$33 setong tahun ini berikutan alasan lebihan bekalan dan pengeluaran minyak syal mungkin bertindak sebagai siling bagi kenaikan harga minyak.

“Mudah tunai kekal kukuh bagi syarikat minyak nasional PETRONAS kerana ia mendapat manfaat daripada tahap tinggi fleksibiliti kewangan kerajaan dan keupayaan untuk mengurangkan dividen,” katanya.

Bagi ringgit, de Guzman berkata, beliau masih mengekalkan unjuran kadar purata 4.20 berbanding dolar AS bagi tahun ini kerana menurut beliau, untuk semakan semula adalah terlalu awal.

Mengenai 1Malaysia Development Bhd, beliau berkata, ia tidak lagi memiliki risiko kontingensi atau sistematik berikutan kemajuan syarikat itu ketika ini menjual dan membangunkan asetnya.

Moody’s berkata, terdapat potensi pinjaman tidak berbayar tinggi antara satu hingga dua peratus bagi bank tahun ini, kerana pembetulan harga hartanah boleh memberi risiko kualiti aset.

UTAMAEKONOMIMoody's unjur KDNK Malaysia 4.4 peratus tahun ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium