27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2 biarpun moratorium secara pukal telah dilaksanakan sepanjang tempoh suku ketiga sehingga 31 Sept 2020.

Namun keuntungan bank Suku ke-3 diramal akan 20% lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 sebelum Covid melanda.

Sebelum ini, Menteri Kewangan pernah memberitahu bahawa bank-bank Malaysia telah hilang keuntungan sekitar RM6 bilion akibat moratorium pinjaman pukal untuk tempoh 6 bulan dari Mar hingga akhir September 2020.

Biarpun keuntungan mereka turun RM6 bilion akibat moratorium itu, tidak ada sebarang bank di Malaysia pernah mencatat kerugian secara keseluruhan sejak krisis Covid bermula.

Bagi tahun 2019, jumlah keuntungan selepas cukai semua bank Malaysia adalah sebanyak RM32 bilion.

Sejak tahun 2009 dan selari dengan pertumbuhan ekonomi negara yang konsisten dan stabil, keuntungan bank-bank Malaysia meningkat setiap tahun.

Sebagai contoh, keuntungan sebelum cukai Maybank naik berganda dari RM1.6 bilion pada tahun 2009 ke RM11 bilion tahun 2019 lepas.

Sumber: facebook Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25%…

Posted by Najib Razak on Jumaat, 20 November 2020

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/moratorium

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.