MotoGP – Zulfahmi Jalani Pembedahan Pergelangan - pakdin.my

MotoGP - Zulfahmi Jalani Pembedahan Pergelangan

Ke Perkembangan MotoGP.

Sememangnya musim ini dipenuhi ujian dari segenap sudut buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin.

Belum cukup pulih daripada hentakan insiden di Litar Assen Julai lalu Zulfahmi pada GP Aragon semalam diuji dengan insiden perlanggaran yang memaksanya melakukan pembedahan pergelangan tangan kanannya.

Zulfahmi yang memulakan perlumbaan dari petak ke-11 bermula agak kompetitif berada dalam kelompok 10 terbaik sehingga 10 pusingan terakhir.

Namun persaingan semakin sengit menyaksikan pelumba lebih agresif mencuri ruang.

Berbaki lima pusingan, cubaan Efren Vasquez memintas Zulfahmi berakhir dengan insiden yang mencederakan pergelangan tangannya.

Julai lalu, Zulfahmi terbabit insiden pada Grand Prix Belanda di Litar Assen.

Memaksanya pulih segera dalam persediaan penting Grand Prix Malaysia di Litar Sepang di hadapan penonton sendiri kurang dua minggu lagi.

 

UTAMAGAYA HIDUPMotoGP - Zulfahmi Jalani Pembedahan Pergelangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium